Monday, August 30, 2010

Pondan penghuni Bandar Warisan

Penulis tertanya-tanya dimanakah penguatkuasa Jabatan Agama Islam Perak, Pondan-pondan berleluasa menjalankan aktiviti-aktiviti mencari pelanggan dimalam hari ditaman tasik dan di kampung Maharajalela. Yang mana Penulis (RTM) dimaklumkan aktiviti-aktiviti ini sudah menjadi satu warisan sejarah Taman Tasik Taiping selama 30 tahun yang lalu hingga sekarang.

Jabatan Agama sedia maklum nabi tidak mengaku umat... kalau sesiapa yang melanggar larangan ALLAH s.w.t. yang membuat perkara-perkara mungkar ini.

(RTM) Sarankan Jabatan Agama Islam mintaklah bantuan Polis Diraja Malaysia yang ada juga diperuntukkan kuasa undang-undang dalam kes ini dan juga Majlis Perbandaran Taiping yang ada peruntukkan undang-undang Akta Taman, tidak kurang juga Jabatan Agama islam mempunyai bidang kuasa yang meluas seperti seksyen lelaki yang menyerupai wanita dan juga seksyen menggalakkan maksiat, disamping itu juga Rela boleh dibayar elaun bagi tujuan ini, daripada membayar elaun kepada sukarelawan penguatkuasa Agama yang tidak melakukan tugasan dengan cemerlang.

Pihak Majlis Perbandaran Taiping juga diminta menamakan semula nama kampung Maharajalela kepada kampung birch seperti asal, yang mana Maharajalela adalah satu catitan sejarah Negeri Perak yang tidak perlu dicemari oleh sesiapa.

yang (RTM) dapat katakan disini.... kalau nama kampung maharajalela tu dikekalkan maka, bertambah maharajalela la lelaki yang menyerupai wanita ni.... ni makin memburukkan nama bandar warisan... www.tips-fb.com

Saturday, August 28, 2010

Dana JKKK Parlimen Taiping

26 Ogos yang lalu, (RTM) ada menghadiri majlis penyampaian zakat harta dimasjid Kg Boyan, dalam temubual dengan beberapa orang pengerusi JKKK Parlimen Taiping, (RTM) mengemukakan beberapa pertanyaan dan soalan mengenai aktiviti dan program yang telah dijalankan oleh JKKK dalam Parlimen Taiping.

Dalam temubual tersebut (RTM) dapat merasakan ada beberapa pengerusi JKKK yang kurang senang dengan soalan dan pertanyaan yang dikemukan oleh (RTM).... selidik punya selidik dari teman rapat, (RTM) dapat beberapa sumber maklumat yang boleh dipercayai... yang menarik sekali....ialah pasal sumbangan Dana bagi menjalankan aktiviti-aktiviti tahun 2009 dan 2010 yang masih belum diperolehi dari kerajaan negeri.

sebab itulah jangan duduk dalam Parlimen pembangkang... Kawasan-kawasan Parlimen lain dalam negeri perak yang dikuasai kerajaan negeri mungkin telah diperuntukan Dana tersebut dan kemudahan-kemudahan lain seperti yang disiarkan dalam akhbar-akhbar dan media elektronik.

rajin-rajin lah sikit... jumpa dan mintak... apa yang patut...jangan jadi bodoh sombong... tengok Badan-badan NGO yang lain mudah sangat dapat apa yang dimintak.. Yang Berhormat BN tengok-tengoklah anak buah sikit... murah-murahkan la hati tu dibulan ramadhan yang mulia ni... www.tips-fb.com

Syabas MAIS

Syabas kerana bertindak segera dan memendang serius isu yang merupakan kali kedua dinegeri selangor, kali pertama pada ogos 2008 EXCO Selangor, Dr. Xavier Jaya Kumar berucap dalam satu majlis berbuka puasa didewan utama masjid taman Sri Andalas sehingga menimbulkan perasaan kurang senang dikalangan umat islam.

Baru-baru ini pada 22 Ogos 2010, Ahli Parlimen Serdang menyampaikan sumbangan dan tazkirah diruang solat surau Al-Huda, Kajang Sentral. Kenapa selepas 53 tahun negara merdeka, baru timbul perkara-perkara begini dengan jelas bertentangan, yang mahukan kesucian surau dan masjid diperlihara oleh umat islam tetapi direstui dan dicemari oleh orang bukan islam???

Masjid dan surau adalah medium untuk kita orang islam menyampaikan "dakwah". Kalau hendak tazkirah pun, AJK surau boleh gunakan ruang luar surau atau dewan orang ramai ataupun tempat yang lebih sesuai bagi tujuan tersebut.

(RTM)ingin sarankan kepada AJK surau tersebut dimasa hadapan hendaklah menjunjung Titah Perintah Sultan Selangor yang mentitahkan supaya masjid dan surau tidak dicemari oleh aktiviti-aktiviti yang boleh memudaratkan institusi agama islam dan masyarakat keseluruhan. www.tips-fb.com

Friday, August 27, 2010

Signbord berkembar yang mengelirukan.....??

Meskipun musim permilihan telah berlalu.....
masa juga berlalu terlalu pantas dah 3 tahun berlalu, sokongan kepada barisan kepimpinan yang terpilih tak usah cakaplah, apa dibuat semua yang tak betul, betul pun... tak betul jugak... rileks la brother....semuanya zero sahaja....

setiap tahun dalam dwi tahunan ada perwakilan yang memuji setinggi gunung everest, ada yang mengutuk serendah bumi yang dipijak, di agenda akhir mesyuarat rata-rata perwakilan mahukan parti diutamakan, dapat mewujudkan ahli bersatu-padu, berkerjasama, persefahaman, unsur tersebut akan mencetuskan permuafakatan yang kental.

tapi itu semua cakap kosong saja... sewaktu berucap para pemimpin pasti menggunakan ayat-ayat syurga... kekandalah.... adindalah... bila bersalam berpeluk macam orang arab,janji atau ikrar tak tahu lah nak cakap...agenda parti didahulukan,peribadi diketepikan demi keutuhan parti.
tetapi bila kaki melangkah keluar dewan, secara automatik apa yang diucapkan hilang entah kemana....timbul la semula team A, team B. apa yang ketara yang (RTM) terpandang dan terlihat ialah signboard pejabat parti, di jalan kamunting satu dan yang satu lagi dibandar taiping,yang mana satu yang sah dan yang mana satu yang tidak sah...? penin2...

(RTM) sarankan kepada pemimpin lama dan yang baru, duduklah dimeja bulat kopitiam atau dimana-mana selesaikan masalah ni secepat yang mungkin. PRU 13 semakin hampir, mahukah kita hilang kuasa demi untuk puaskan hati? cuma hanya kerana mereka dapat... kita tidak dapat... Merempatlah dibumi sendiri, meranalah generasi anak cucu kita... www.tips-fb.com

Sunday, August 22, 2010

cerita disebalik memohon jawatan.....

hmmmm.....memohon jawatan....? nampak macam senang padahal ia amat rumit dan melecehkan......macam mana nak cita ye.....  Pada 20 ogos 2010, RTM dikunjungi oleh seorang rakan, beliau memaklumkan bahawa jiran beliau telah mengwar-warkan jika hendak memohon kerja jawatan kosong di jabatan berkanun bandar taiping, pemohon janganlah memberi ketua kampung membuat pengesahan salinan-salinan sijil atau apa saja untuk disahkan. Disarankan supaya disahkan oleh pegawai-pegawai dan guru-guru dalam kumpulan A kerana borang permohonan diketepikan saja jikalau borang atau apa saja yang disahkan oleh ketua kampung. Secara logiknya jika difikirkan ada benarnya kata jiran beliau kerana anak jiran beliau dan menantu bekerja di jabatan tersebut dan boleh juga dikatakan mereka berpengaruh kerana ada hubungan rapat dengan pegawai-pegawai yang bertanggungjawab atas urusan memproses permohonan. Apa yang yang menjadi hal sekarang pemohon jawatan menjadi mangsa keadaan kerana mereka tidak tahu situasi sebenar-benar yang berlaku dan ianya tidak memberi apa-apa impak dan mengugat pada ketua-ketua kampung. Diharap pihak-pihak berkenaan jangan terbawa-bawa pahaman politik dalam organisasi jabatan berkenaan......hmmmm.... mmg merumitkan ....isyh3...troknya orang zaman skang.... insaflah kepada yang berkenaan ye...Allah melihat tiap apa yang kita kerjakan, maka bersikap adil dan jujurlah dalam apa jua yang diamanahkan kepada kita....  n cuba bayangkan perkara ni jadi pada kita atau anak-anak kita ataupun sedara-mara kita...pe agaknya perasaan kita ye.... runung2 kan lahhh... www.tips-fb.com