Thursday, September 16, 2010

melayu UMNO melayu PERKASA

Pilihanraya umum telah lama berlalu, entah mengapa apa saja yang berkaitan dengan orang melayu akan dilihat Rasis, ertinya orang melayu tidak lagi boleh bercakap soal hak dan kedudukan mereka sebagai orang melayu, kalau bercakap soal itu,maka mereka akan dianggap rasis dan perlu dijauhi, itulah yang dialami oleh orang melayu PRO kerajaan sekarang.

Namun yang peliknya, apabila menyentuh soal perkasa (Badan NGO) semua parti-parti komponen BN mahu menjauhinya, semuanya kerana bimbang dituduh rasis memandangkan ia ada kaitan dengan orang melayu, malahan tidak satu parti politik pembangkang mahupun pertubuhan bukan kerajaan membuat kenyataan meminta pertubuhan perkasa dijauhi. Sebenarnya ia tidak menguntungkan orang melayu, malahan ia akan menyemarakkan lagi semangat puak-puak tertentu untuk terus menyentuh apa yang sudah termaktub didalam pelembagaan. persoalanya, apakah ini akan akan menguntungkan kerajaan atau lebih tepat orang melayu? apakah dengan menjauhi perkasa,ia boleh memberi jaminan bahawa komponen-komponen BN itu akan mencapai kejayaan dalam pilihan raya nanti?
oleh itu, apabila cuba dijauhi ia sebenarnya tidak menguntungkan sesiapa, sebaliknya yang akan mengalami kerugian besar adalah orang melayu.

Perkasa bukannya parti politik, perkasa hanya mempertahankan hak yang termaktub dalam perlembagaan, seperti menentang usaha mewujudkan perlembagaan baru, dasar ekonomi baru (DEB) digugat dan mempertahankan kontrak sosial dan tidak pula menentang mana-mana kaum, tetapi kenapa orang melayu harus menjadi mangsa>

Justeru itu, jika perkasa cuba dijauhi dan dimusuhi, maka orang melayu akan berpecah lagi, sebelum ini orang melayu sudah berpecah didalam UMNO, PAS, PKR, dan penyokong atas pagar, kini wujud pula puak penyokong perkasa.

Kesudahannya siapa yang lemah? sudah tentu orang melayu, dalam masa yang sama kita juga perlu mengelak daripada terperangkap dalam politik licik mana-mana pihak yang mahu melemahkan kuasa politik melayu secara tersirat.

Adalah lebih baik jika tidak dimusuhi, sebaliknya diajak berbincang mengenai apa yang mereka perjuangkan. Jika perkasa mewujudkan lagi sebuah parti politik, sebaliknya hanya akan menyebakan kuasa politik melayu semakin berkurangan kerana perpecahan yang berlaku. Jika ini terjadi, maka sudah pasti semakin banyak pihak membuat tuntutan yang bukan-bukan demi menjaga hati pengundi-pengundi kaum masing-masing. www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment