Sunday, September 19, 2010

Orang Tua Nyanyuk

Nampaknya orang itu semakin nyanyuk, mungkin juga tertekan kerana terpaksa menjaga isteri yang sakit, ataupun kecemburuan terhadap potensi negara ini.
Bercakap sembonoro, tidak berasaskan fakta dan sejarah, dan lebih teruk mencampuri urusan dan hal ehwal negara jiran, siapa Lee Kuan Yew yang layak bercakap begitu, cermin dulu diri sendiri, barulah boleh sibuk hal orang lain.

Dimana kebebasan yang dibanggakan sangat olehnya, orang melayu tidak boleh mengazankan dengan suara yang kuat kedengaran, kaum cina pula, tidak boleh pasang colok, tetapi dimalaysia, orang cina bebas melakukan adat dan budaya mereka.

Pasang mercun berdentum-dentum pada hari perayaan Tahun baru cina sehingga mengganggu ketenteraman orang awam, pasang colok sebesar gergasi dihalaman rumah, ditepi jalan yang asapnya menyesakkan hidung kalah asap matikan nyamuk,membawa patung-patung tokong berarak dalam bandar menyebabkan kesesakkan lalulintas, dan membawa mayat sepanjang-panjang jalan raya yang ada.

Melihara anjing yang menyalak kuat, semua ini boleh dilakukan dengan bebas dimalaysia. Tetapi jangan harap, semua itu dapat dilakukan disingapura, Jadi, apa kebebasan yang dibanggakan sangat itu?? Berapa bilangan parti pembangkang ada di singapura? Jikalau diMalaysia ada 3 ke 4 parti pembangkang yang bebas bercakap, memfitnah kerajaan.

(RTM) berasa amat bersyukur dilahirkan sebagai rakyat Malaysia, bukan rakyat diSingapura yang hidup seperti dibawah pemerintah rejim komunis yang banyak terkongkong. www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment