Thursday, September 16, 2010

TAHNIAH PDRM

Sekalung TAHNIAH diucapkan kepada polis yang berjaya merungkai misteri kehilangan Sosilawati bersama 3 yang lain dalam masa 10 hari. Laporan dibuat oleh keluarga sosilawati mengenai kehilangan pada 2 Sept, manakala pada 10 sept, pihak polis berjaya menahan seorang lelaki bagi menbantu siasatan yang akhirnya membawa kepada 7 tangkapan yang lain.

Jika sebelum ini, ada pihak mendakwa bahawa pihak polis lambat bertindak dalam menyelesaikan setiap kes yang dilaporkan, tetapi kini sudah terbukti bahawa pasukan polis kita mampu bertindak pantas dan cekap sebaik sahaja menerima laporan.

Kecekapan pihak polis itu diharap dapat membuka mata pihak tertentu agar tidak membuat tuduhan melulu sehingga menjejaskan kredibiliti dan imej pasukan polis, ini merupakan kes jenayah dan tidak kene-mengena dengan isu perkauman walaupun suspek yang disyaki berketerunan india manakala mangsa dikalangan orang melayu.

Namun ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba menangguk diair keruh (RTM) berharap rakyat tidak terpedaya dengan penipuan, pembohongan, dan putar belit yang dilakukan oleh golongan yang tidak bertamadun ini.

Harapan (RTM) dengan kebijaksanaan polis menangani kes ini, Api kemarahan dapat dipadamkan demi keadilan keluarga mangsa.

Salam Takziah (RTM) ucapkan kepada keluarga mangsa dan Al-Fatihah untuk keempat-empat mangsa. www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment