Disarankan kepada Ceupacs supaya cari satu kaedah supaya ahli-ahli Ceupacs berminat memberi perkhidmatan yang telus dan ikhlas selama 8 jam hari bekerja. Jangan jam 9 pagi masih dikedai kopi, MC diklinik swasta habis, ambil dan sambung pula MC dihospital kerajaan, petang masuk kerja semata mahu punch card sahaja.
Ceupacs juga tidak boleh membuat perbandingan dengan negara jiran, yang mana negaranya begitu komited terhadap kerja mereka dan prestasi mereka begitu memberangsangkan.
Ceupacs juga harus meninjau baki gaji selepas potongan dibuat oleh majikan, boleh dikatakan hanya 40% saja ahli Ceupacs yang menerima gaji bersih 80% ke 85% dengan angka ini satu-satunya punca ahli-ahli Ceupacs tidak dapat menunjukkan minat terhadap tugas harian mereka dengan dibebani masalah hutang.
(RTM) tidak dapat membayangkan apa yang berlaku dengan perkhidmatan awam jika golongan tersebut dibenarkan untuk menyambung khidmat sehingga umur 60 tahun, terutamanya apabila option diberikan tanpa syarat dengan bilangan Universiti bertambah dalam Malaysia kian bercambah, Mahasiswa dan Mahasiswi tamat pengajian tiap-tiap tahun dan tidak tahu berapa bilangan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam terhad, Apa akan berlaku seterusnya??
Barisan kepimpinan Ceupacs mengharapkan dapat menyandang lagi Jawatan 2 tahun lagi kalau boleh ke umur 65 tahun. Berilah peluang kepada anak cucu kita, tenaga muda, fikiran yang jauh lebih kedepan dari kita untuk mencurahkan bakti dalam perkhidmatan awam, diharap rakyat tidak meletakkan persepsi negatif terhadap Ceupacs.

No comments:
Post a Comment