Saturday, February 26, 2011

my up date.....

aslmkm...wah...lamenye RTM xberkata-kata... hhahahahhaaha....
semenjak 2 menjak ni..RTM tersangat2 la busy... maaf kepada pembaca RTM ye...

Jgn risau... RTM akan kembali dengan cerita hangat mengenai Taiping ni... huahuahauhaua..
RTM ade byak bahan nk cerita kpd pembaca.. tunggu RTM post nnt k...

ha.. mengenai sign board kat kamunting tu..alhmdulilah... da selesai...xde masalah mengelirukan pengguna jalan raya da....

OK lah da lewat ni... nnt RTM post cerita best2 tawh... tunggguuuuuu.... www.tips-fb.com

Sunday, September 19, 2010

Orang Tua Nyanyuk

Nampaknya orang itu semakin nyanyuk, mungkin juga tertekan kerana terpaksa menjaga isteri yang sakit, ataupun kecemburuan terhadap potensi negara ini.
Bercakap sembonoro, tidak berasaskan fakta dan sejarah, dan lebih teruk mencampuri urusan dan hal ehwal negara jiran, siapa Lee Kuan Yew yang layak bercakap begitu, cermin dulu diri sendiri, barulah boleh sibuk hal orang lain.

Dimana kebebasan yang dibanggakan sangat olehnya, orang melayu tidak boleh mengazankan dengan suara yang kuat kedengaran, kaum cina pula, tidak boleh pasang colok, tetapi dimalaysia, orang cina bebas melakukan adat dan budaya mereka.

Pasang mercun berdentum-dentum pada hari perayaan Tahun baru cina sehingga mengganggu ketenteraman orang awam, pasang colok sebesar gergasi dihalaman rumah, ditepi jalan yang asapnya menyesakkan hidung kalah asap matikan nyamuk,membawa patung-patung tokong berarak dalam bandar menyebabkan kesesakkan lalulintas, dan membawa mayat sepanjang-panjang jalan raya yang ada.

Melihara anjing yang menyalak kuat, semua ini boleh dilakukan dengan bebas dimalaysia. Tetapi jangan harap, semua itu dapat dilakukan disingapura, Jadi, apa kebebasan yang dibanggakan sangat itu?? Berapa bilangan parti pembangkang ada di singapura? Jikalau diMalaysia ada 3 ke 4 parti pembangkang yang bebas bercakap, memfitnah kerajaan.

(RTM) berasa amat bersyukur dilahirkan sebagai rakyat Malaysia, bukan rakyat diSingapura yang hidup seperti dibawah pemerintah rejim komunis yang banyak terkongkong. www.tips-fb.com

Ceupacs 60 Tahun

(RTM) telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 27 tahun. (RTM) tertarik untuk memberi pandangan berhubung permohonan Ceupacs untuk melanjutkan umur persaraan panjawat awam kepada 60 tahun. Secara peribadi, (RTM) tidak menyokong permohonan Ceupacs itu dan amat berharap kerajaan tidak meluluskannya. Mungkin ada yang marah dengan pandangan (RTM) ini. Tetapi, pemerhatian (RTM)terhadap prestasi dan komitmen ramai penjawat awam, prestasi mereka masih rendah dan tidak begitu komited terhadap tugas harian.

Disarankan kepada Ceupacs supaya cari satu kaedah supaya ahli-ahli Ceupacs berminat memberi perkhidmatan yang telus dan ikhlas selama 8 jam hari bekerja. Jangan jam 9 pagi masih dikedai kopi, MC diklinik swasta habis, ambil dan sambung pula MC dihospital kerajaan, petang masuk kerja semata mahu punch card sahaja.

Ceupacs juga tidak boleh membuat perbandingan dengan negara jiran, yang mana negaranya begitu komited terhadap kerja mereka dan prestasi mereka begitu memberangsangkan.

Ceupacs juga harus meninjau baki gaji selepas potongan dibuat oleh majikan, boleh dikatakan hanya 40% saja ahli Ceupacs yang menerima gaji bersih 80% ke 85% dengan angka ini satu-satunya punca ahli-ahli Ceupacs tidak dapat menunjukkan minat terhadap tugas harian mereka dengan dibebani masalah hutang.

(RTM) tidak dapat membayangkan apa yang berlaku dengan perkhidmatan awam jika golongan tersebut dibenarkan untuk menyambung khidmat sehingga umur 60 tahun, terutamanya apabila option diberikan tanpa syarat dengan bilangan Universiti bertambah dalam Malaysia kian bercambah, Mahasiswa dan Mahasiswi tamat pengajian tiap-tiap tahun dan tidak tahu berapa bilangan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam terhad, Apa akan berlaku seterusnya??

Barisan kepimpinan Ceupacs mengharapkan dapat menyandang lagi Jawatan 2 tahun lagi kalau boleh ke umur 65 tahun. Berilah peluang kepada anak cucu kita, tenaga muda, fikiran yang jauh lebih kedepan dari kita untuk mencurahkan bakti dalam perkhidmatan awam, diharap rakyat tidak meletakkan persepsi negatif terhadap Ceupacs. www.tips-fb.com

Thursday, September 16, 2010

TAHNIAH PDRM

Sekalung TAHNIAH diucapkan kepada polis yang berjaya merungkai misteri kehilangan Sosilawati bersama 3 yang lain dalam masa 10 hari. Laporan dibuat oleh keluarga sosilawati mengenai kehilangan pada 2 Sept, manakala pada 10 sept, pihak polis berjaya menahan seorang lelaki bagi menbantu siasatan yang akhirnya membawa kepada 7 tangkapan yang lain.

Jika sebelum ini, ada pihak mendakwa bahawa pihak polis lambat bertindak dalam menyelesaikan setiap kes yang dilaporkan, tetapi kini sudah terbukti bahawa pasukan polis kita mampu bertindak pantas dan cekap sebaik sahaja menerima laporan.

Kecekapan pihak polis itu diharap dapat membuka mata pihak tertentu agar tidak membuat tuduhan melulu sehingga menjejaskan kredibiliti dan imej pasukan polis, ini merupakan kes jenayah dan tidak kene-mengena dengan isu perkauman walaupun suspek yang disyaki berketerunan india manakala mangsa dikalangan orang melayu.

Namun ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba menangguk diair keruh (RTM) berharap rakyat tidak terpedaya dengan penipuan, pembohongan, dan putar belit yang dilakukan oleh golongan yang tidak bertamadun ini.

Harapan (RTM) dengan kebijaksanaan polis menangani kes ini, Api kemarahan dapat dipadamkan demi keadilan keluarga mangsa.

Salam Takziah (RTM) ucapkan kepada keluarga mangsa dan Al-Fatihah untuk keempat-empat mangsa. www.tips-fb.com

melayu UMNO melayu PERKASA

Pilihanraya umum telah lama berlalu, entah mengapa apa saja yang berkaitan dengan orang melayu akan dilihat Rasis, ertinya orang melayu tidak lagi boleh bercakap soal hak dan kedudukan mereka sebagai orang melayu, kalau bercakap soal itu,maka mereka akan dianggap rasis dan perlu dijauhi, itulah yang dialami oleh orang melayu PRO kerajaan sekarang.

Namun yang peliknya, apabila menyentuh soal perkasa (Badan NGO) semua parti-parti komponen BN mahu menjauhinya, semuanya kerana bimbang dituduh rasis memandangkan ia ada kaitan dengan orang melayu, malahan tidak satu parti politik pembangkang mahupun pertubuhan bukan kerajaan membuat kenyataan meminta pertubuhan perkasa dijauhi. Sebenarnya ia tidak menguntungkan orang melayu, malahan ia akan menyemarakkan lagi semangat puak-puak tertentu untuk terus menyentuh apa yang sudah termaktub didalam pelembagaan. persoalanya, apakah ini akan akan menguntungkan kerajaan atau lebih tepat orang melayu? apakah dengan menjauhi perkasa,ia boleh memberi jaminan bahawa komponen-komponen BN itu akan mencapai kejayaan dalam pilihan raya nanti?
oleh itu, apabila cuba dijauhi ia sebenarnya tidak menguntungkan sesiapa, sebaliknya yang akan mengalami kerugian besar adalah orang melayu.

Perkasa bukannya parti politik, perkasa hanya mempertahankan hak yang termaktub dalam perlembagaan, seperti menentang usaha mewujudkan perlembagaan baru, dasar ekonomi baru (DEB) digugat dan mempertahankan kontrak sosial dan tidak pula menentang mana-mana kaum, tetapi kenapa orang melayu harus menjadi mangsa>

Justeru itu, jika perkasa cuba dijauhi dan dimusuhi, maka orang melayu akan berpecah lagi, sebelum ini orang melayu sudah berpecah didalam UMNO, PAS, PKR, dan penyokong atas pagar, kini wujud pula puak penyokong perkasa.

Kesudahannya siapa yang lemah? sudah tentu orang melayu, dalam masa yang sama kita juga perlu mengelak daripada terperangkap dalam politik licik mana-mana pihak yang mahu melemahkan kuasa politik melayu secara tersirat.

Adalah lebih baik jika tidak dimusuhi, sebaliknya diajak berbincang mengenai apa yang mereka perjuangkan. Jika perkasa mewujudkan lagi sebuah parti politik, sebaliknya hanya akan menyebakan kuasa politik melayu semakin berkurangan kerana perpecahan yang berlaku. Jika ini terjadi, maka sudah pasti semakin banyak pihak membuat tuntutan yang bukan-bukan demi menjaga hati pengundi-pengundi kaum masing-masing. www.tips-fb.com