Sunday, August 22, 2010

cerita disebalik memohon jawatan.....

hmmmm.....memohon jawatan....? nampak macam senang padahal ia amat rumit dan melecehkan......macam mana nak cita ye.....  Pada 20 ogos 2010, RTM dikunjungi oleh seorang rakan, beliau memaklumkan bahawa jiran beliau telah mengwar-warkan jika hendak memohon kerja jawatan kosong di jabatan berkanun bandar taiping, pemohon janganlah memberi ketua kampung membuat pengesahan salinan-salinan sijil atau apa saja untuk disahkan. Disarankan supaya disahkan oleh pegawai-pegawai dan guru-guru dalam kumpulan A kerana borang permohonan diketepikan saja jikalau borang atau apa saja yang disahkan oleh ketua kampung. Secara logiknya jika difikirkan ada benarnya kata jiran beliau kerana anak jiran beliau dan menantu bekerja di jabatan tersebut dan boleh juga dikatakan mereka berpengaruh kerana ada hubungan rapat dengan pegawai-pegawai yang bertanggungjawab atas urusan memproses permohonan. Apa yang yang menjadi hal sekarang pemohon jawatan menjadi mangsa keadaan kerana mereka tidak tahu situasi sebenar-benar yang berlaku dan ianya tidak memberi apa-apa impak dan mengugat pada ketua-ketua kampung. Diharap pihak-pihak berkenaan jangan terbawa-bawa pahaman politik dalam organisasi jabatan berkenaan......hmmmm.... mmg merumitkan ....isyh3...troknya orang zaman skang.... insaflah kepada yang berkenaan ye...Allah melihat tiap apa yang kita kerjakan, maka bersikap adil dan jujurlah dalam apa jua yang diamanahkan kepada kita....  n cuba bayangkan perkara ni jadi pada kita atau anak-anak kita ataupun sedara-mara kita...pe agaknya perasaan kita ye.... runung2 kan lahhh... www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment