Friday, August 27, 2010

Signbord berkembar yang mengelirukan.....??

Meskipun musim permilihan telah berlalu.....
masa juga berlalu terlalu pantas dah 3 tahun berlalu, sokongan kepada barisan kepimpinan yang terpilih tak usah cakaplah, apa dibuat semua yang tak betul, betul pun... tak betul jugak... rileks la brother....semuanya zero sahaja....

setiap tahun dalam dwi tahunan ada perwakilan yang memuji setinggi gunung everest, ada yang mengutuk serendah bumi yang dipijak, di agenda akhir mesyuarat rata-rata perwakilan mahukan parti diutamakan, dapat mewujudkan ahli bersatu-padu, berkerjasama, persefahaman, unsur tersebut akan mencetuskan permuafakatan yang kental.

tapi itu semua cakap kosong saja... sewaktu berucap para pemimpin pasti menggunakan ayat-ayat syurga... kekandalah.... adindalah... bila bersalam berpeluk macam orang arab,janji atau ikrar tak tahu lah nak cakap...agenda parti didahulukan,peribadi diketepikan demi keutuhan parti.
tetapi bila kaki melangkah keluar dewan, secara automatik apa yang diucapkan hilang entah kemana....timbul la semula team A, team B. apa yang ketara yang (RTM) terpandang dan terlihat ialah signboard pejabat parti, di jalan kamunting satu dan yang satu lagi dibandar taiping,yang mana satu yang sah dan yang mana satu yang tidak sah...? penin2...

(RTM) sarankan kepada pemimpin lama dan yang baru, duduklah dimeja bulat kopitiam atau dimana-mana selesaikan masalah ni secepat yang mungkin. PRU 13 semakin hampir, mahukah kita hilang kuasa demi untuk puaskan hati? cuma hanya kerana mereka dapat... kita tidak dapat... Merempatlah dibumi sendiri, meranalah generasi anak cucu kita... www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment