Saturday, August 28, 2010

Dana JKKK Parlimen Taiping

26 Ogos yang lalu, (RTM) ada menghadiri majlis penyampaian zakat harta dimasjid Kg Boyan, dalam temubual dengan beberapa orang pengerusi JKKK Parlimen Taiping, (RTM) mengemukakan beberapa pertanyaan dan soalan mengenai aktiviti dan program yang telah dijalankan oleh JKKK dalam Parlimen Taiping.

Dalam temubual tersebut (RTM) dapat merasakan ada beberapa pengerusi JKKK yang kurang senang dengan soalan dan pertanyaan yang dikemukan oleh (RTM).... selidik punya selidik dari teman rapat, (RTM) dapat beberapa sumber maklumat yang boleh dipercayai... yang menarik sekali....ialah pasal sumbangan Dana bagi menjalankan aktiviti-aktiviti tahun 2009 dan 2010 yang masih belum diperolehi dari kerajaan negeri.

sebab itulah jangan duduk dalam Parlimen pembangkang... Kawasan-kawasan Parlimen lain dalam negeri perak yang dikuasai kerajaan negeri mungkin telah diperuntukan Dana tersebut dan kemudahan-kemudahan lain seperti yang disiarkan dalam akhbar-akhbar dan media elektronik.

rajin-rajin lah sikit... jumpa dan mintak... apa yang patut...jangan jadi bodoh sombong... tengok Badan-badan NGO yang lain mudah sangat dapat apa yang dimintak.. Yang Berhormat BN tengok-tengoklah anak buah sikit... murah-murahkan la hati tu dibulan ramadhan yang mulia ni... www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment